Saturday 3 July 2010

NOVEL MEREDAH TAKDIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat pertama kalinya, ilham baru menerbitkan sebuah novel untuk bacaan remaja dan umum berjudul MEREDAH TAKDIR. Kisah percintaan remaja yang pasrah dengan takdir yang menyatukannya dengan orang yang tidak dicintainya. Dia rela dengan perkahwinan itu, biarpn hatinya mencintai orang lain. Namun kerana cintanya dikhianati, dia gigih meredah takdir demi mencari kebahagiaan hakiki... Selamat membaca.

Sunday 11 April 2010

POTONGAN 30%


Assalamulaikum.

Kami ingin menawarkan potongan sebanyak 30% kepada sesiapa yang ingin membeli buku-buku terbitan kami.

BUKU-BUKU YANG AKAN TERBIT BULAN INI:

Ayahku Ditangkap (Tragedi Pattani)
Tun Perak dan Tun Razak Ikon Pemimpin Melayu Dua Zaman
Ziodir (Novel Satira/komedi Politik karya Shahnon Ahmad

Insya Allah, tidak lama lagi kami akan menerbitkan buku-buku Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Buku-buku beliau tentang fiqh, isu semasa dan ekonomi Islam menjadi pilihan kami.

JUDUL-JUDUL YANG AKAN DITERBITKAN

100 Tanya Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Qurban
Bagaimana Islam Menilai Yahudi dan Nasrani
Al-Qur’an Menyuruh Kita Bersabar
Fatwa: Antara Ketelitian dan Kecerobohan
Fiqh Praktis Bagi kehidupan Moden
Ikhlas Sumber Kekuatan Islam
Muslimah: Harapan dan Cabaran Moden
Norma dan Etika Ekonomi Islam
Sunnah dan Bid’ah
Tuntutan Membangun Masjid

Sila hubungi saya untuk pembelian buku di no. hp 012-6491561 atau emel bam.alhaj@gmail.com atau ilhambaru1@gmail.com.

Wassalam.

BAM AL-HAJ

Sunday 14 March 2010


Assalamualaikum.

Penebritan Ilham Baru akan menerbitkan buku baru - POLEMIK ISU KALIMAH ALLAH - ANTARA TARGHIB DAN TARHIB. Buku ini mengupas tentang isu pemakaian kalimat Allah oleh akhbar Helrad - The Catholic Weekly, ekoran keputusan Mahkamah Tinggi bulan Disember 2009.

Ada pihak tidak setuju dan membuat bantahan. Kemudian diikuti oleh insiden kepala babi hutan yang dilempar ke perkarangan Masjid di Jalan Klang Lama, seolah-olah sengaja dirancang untuk mencetuskan huru-hara.

Alhamdulillah rakyat Malaysia sudah matang. Cuma ada parti politik yang cuba mempolitikkan isu ini untuk mengaut undi dan sokongan.

Buku ini bertujuan untuk memberikan penjelasan dan penjernihan terhadap kekeliruan yang timbul.

Kepada sesiapa yang berminat membelinya, boleh hubungi saya di alamat emel bam.alhaj@gmail.com atau hp 012-6491561. Pembelian secara online diberi potongan 30%. Harga bagi Semenanjung Malaysia ialah RM17.90 dan Sabah/Sarawak RM18.90. Pos adalah percuma.

Monday 22 February 2010

SIAPA BUNUH SAMAD GOL?


Saya selalu mendengar cerita tentang kehebatan tokoh Pemuda PAS tahun 1960-an daripada bapa saya. Nama tokoh tersebut ialah Samad Gul. Baru-baru ini sahabat saya Syed Azidi Kickdefella telah menemui dan menyiarkan fotonya. Gagah dan handsome.

Menurut cerita bapa saya, gaya ceramahnya dahulu hampir sama dengan gaya penampilan Mat Sabu, AJK PAS Pusat sekarang. Berani dan berterus-terang. Lantang dan menggugat parti lawan.

Abdul Samad Gol Ahmad Mianji sebenarnya adalah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu. Waktu itu Pasir Mas mempunyai dua kawasan parlimen. Parlimen Pasir Mas Hulu dan Parlimen Pasir Mas Hilir. Pasir Mas Hilir diwakili oleh Allahyarham Chekgu Mohmad Fakaruddin. Parlimen Pasir Mas Hulu di wakili oleh Allahyarham Abdul Samad Gol.

Pada pilihanraya 1964, PAS menang lapan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan,iaitu di Bachok (Prof. Zulkifli Muhammad/Ustaz Abu Bakar Hamzah), Pasir Puteh (Mohd Asri Hj. Muda), Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) (Hj. Ahmad Abdullah@Ahmad Prai/Hj. Nik Aziz Nik Mat), Kota Bharu Hulu (Hj. Hussain Rahimi), Tumpat (Wan Hassan Wan Daud), Pasir Mas Hulu (Mohd Fakharuddin Abdullah), Pasir Mas Hulu (Abdul Samad Gul Mianji/Tengku Zaid Tengku Ahmad)dan Tanah Merah (Mustapha Ahmad).

Kejadian pebunuhan Allayarham Samad Gol berlaku pada Julai 1967, iaitu pada malam majlis Maulid Nabi di bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. Sebaik sahaja selesai acara maulid pada malam itu, beliau turun menuju ke arah keretanya yang terletak di Jalan Hulu Market, Kota Bharu, di hadapan kedai makan Indonesia.

Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak Siam. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Mengingat kembali pembunuhan Allahyarham Samad Gul mengenangkan kita bagaimana trajisnya politik Malaysia pada waktu itu, terutamannya di Kelantan.

Kematian Alahyarham Dr Zulkifli umpamanya, walaupun tidak ada bukti, namun wujud kepercayaan meluas adanya unsur-unsur konspirasi. Insiden pembakaran jembatan semasa hari mengundi, “kehilangan” aktivis2 politik parti-parti tertentu menjelang pilihanraya manambahkan warna-warni pada politik Kelantan terutama di kawasan parlimen Samad Gul waktu itu.

Setelah lebih 40 tahun kematian Allahyarham, politik masih lagi menebal di kalangan rakyat Kelantan. Walaupun permainan politik sekarang lebih matang namun belum sampai kepada tahap kita bersedia untuk melupakan politik walau sejenak.

Kematian Samad Gol adalah contoh ganasnya pemikiran ahli-ahli politik seteru PAS pada masa itu, nampak sahaja seorang tokoh boleh pergi jauh maka ragutlah nyawanya. Tetapi rakyat Kelantan pada masa itu makin sayang kepada PAS dan tokoh-tokohnya.

Sisi gelap politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka ini akan terus dipaparkan dari semasa ke semasa.

Insya Allah, buku tentang Samad Gol akan menyusul tidak lama lagi.

Sunday 21 February 2010

WASIAT PERJUANGAN ZULKIFLI MUHAMMAD


Prof. Dato' Zulkifli Muhammad mungkin nama yang asing bagi kebanyakan genereasi muda hari ini. Namun, nama itu pernah tersohor, setanding dengan tokoh-tokoh pemimpin negara yang lain pada awal tahun 1960-an.

Allahyarham Zulkifli Muhammad adalah tokoh pembangkang dari PAS yang amat disegani kawan dan lawan satu ketika dahulu. Beliau adalah bekas setiausaha pengasas dan penyarah kanan Kolej Islam Malaya. Beliau bertanding atas tiket PAS dan memengangi kerusi Parlimen Bachok pada tahun 1959 dan 1964.

Malangnya, pada 6 Mei 1964 beliau dan isterinya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di jalan Kuantan-Gambang. Ramai yang mempersoalkan kejadian itu kerana landrover yang memotong kereta Fiatnya itu berpatah balik dan seolah-olah sengaja melanggar keretanya. Tragedi itu kini semakin dilupakan orang.

Penerbitan Ilham Baru telah menerbitkan semula sebuah buku yang memaparkan sejarah perjuangan Zulkifli Muhammad untuk tatapan generasi sekarang.

Paling menarik adalah ucapan beliau yang berupa "wasiat" kepada para pejuang Islam hari ini, yang diucapkan beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.

Buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Harga RM18.90 bagi Semenanjung dan RM19.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Buku ini boleh dipesan secara online dengan harga potongan 10%. Wang pos adalah percuma. Sila bank in ke AmIslamic Banking atas nama AMIM DIVERSIFY RESOURCES No. akaun 091 2022 000 764. Sila berikan alamat penuh untuk urusan pos.