
Saya selalu mendengar cerita tentang kehebatan tokoh Pemuda PAS tahun 1960-an daripada bapa saya. Nama tokoh tersebut ialah Samad Gul. Baru-baru ini sahabat saya Syed Azidi Kickdefella telah menemui dan menyiarkan fotonya. Gagah dan handsome.
Menurut cerita bapa saya, gaya ceramahnya dahulu hampir sama dengan gaya penampilan Mat Sabu, AJK PAS Pusat sekarang. Berani dan berterus-terang. Lantang dan menggugat parti lawan.
Abdul Samad Gol Ahmad Mianji sebenarnya adalah bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu. Waktu itu Pasir Mas mempunyai dua kawasan parlimen. Parlimen Pasir Mas Hulu dan Parlimen Pasir Mas Hilir. Pasir Mas Hilir diwakili oleh Allahyarham Chekgu Mohmad Fakaruddin. Parlimen Pasir Mas Hulu di wakili oleh Allahyarham Abdul Samad Gol.
Pada pilihanraya 1964, PAS menang lapan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan,iaitu di Bachok (Prof. Zulkifli Muhammad/Ustaz Abu Bakar Hamzah), Pasir Puteh (Mohd Asri Hj. Muda), Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) (Hj. Ahmad Abdullah@Ahmad Prai/Hj. Nik Aziz Nik Mat), Kota Bharu Hulu (Hj. Hussain Rahimi), Tumpat (Wan Hassan Wan Daud), Pasir Mas Hulu (Mohd Fakharuddin Abdullah), Pasir Mas Hulu (Abdul Samad Gul Mianji/Tengku Zaid Tengku Ahmad)dan Tanah Merah (Mustapha Ahmad).
Kejadian pebunuhan Allayarham Samad Gol berlaku pada Julai 1967, iaitu pada malam majlis Maulid Nabi di bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. Sebaik sahaja selesai acara maulid pada malam itu, beliau turun menuju ke arah keretanya yang terletak di Jalan Hulu Market, Kota Bharu, di hadapan kedai makan Indonesia.
Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak Siam. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.
Mengingat kembali pembunuhan Allahyarham Samad Gul mengenangkan kita bagaimana trajisnya politik Malaysia pada waktu itu, terutamannya di Kelantan.
Kematian Alahyarham Dr Zulkifli umpamanya, walaupun tidak ada bukti, namun wujud kepercayaan meluas adanya unsur-unsur konspirasi. Insiden pembakaran jembatan semasa hari mengundi, “kehilangan” aktivis2 politik parti-parti tertentu menjelang pilihanraya manambahkan warna-warni pada politik Kelantan terutama di kawasan parlimen Samad Gul waktu itu.
Setelah lebih 40 tahun kematian Allahyarham, politik masih lagi menebal di kalangan rakyat Kelantan. Walaupun permainan politik sekarang lebih matang namun belum sampai kepada tahap kita bersedia untuk melupakan politik walau sejenak.
Kematian Samad Gol adalah contoh ganasnya pemikiran ahli-ahli politik seteru PAS pada masa itu, nampak sahaja seorang tokoh boleh pergi jauh maka ragutlah nyawanya. Tetapi rakyat Kelantan pada masa itu makin sayang kepada PAS dan tokoh-tokohnya.
Sisi gelap politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka ini akan terus dipaparkan dari semasa ke semasa.
Insya Allah, buku tentang Samad Gol akan menyusul tidak lama lagi.